Monday, September 30, 2013

Assalamualaikum dan salam syukur...
Ini adalah penulisan refleksi saya untuk subjek kemahiran belajar ....

REFLEKSI
Siti Fatimah binti Mohd Noor
940622-11-5508

            Alhamdulillah akhirnya saya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kemahiran belajar saya iaitu Tuan Hamzah bin Dollah . Sesungguhnya bukan senang untuk melaksanakan kerja kursus ini memandangkan kerja kursus ini merupakan kerja kursus yang pertama kali dilakukan oleh saya sepanjang saya berada di sini . Disebabkan itu saya terpaksa menerima pelbagai dugaan dan masalah semasa tugasan ini dijalankan . Akan tetapi juga , saya juga dapat menerima ilmu pengetahuan yang baru terutamanya yang berkaitan dengan ICT .
            Selepas mendapat tugasan ini , saya telah menjalani proses mencari, mengumpul, menganalisis, mengolah dan memahami maklumat semasa melaksanakan tugasan-tugasan yang terdapat di dalam kerja kursus ini. Proses-proses yang dijalankan adalah pengalaman yang menarik bagi saya kerana proses tersebut sememangnya perlu dilaksanakan oleh seorang siswi bagi menghasilkan kerja kursus yang baik. Proses tersebut juga membantu saya untuk berusaha dengan lebih gigih dan dapat menambah pengetahuan.
            Pertama sekali masalah yang dihadapi oleh saya adalah kekurangan waktu. Di mana semasa tugasan dibahagikan adalah minggu terakhir berada di IPG kerana selepas itu semua pelajar bercuti raya selama dua minggu. Bagi saya, ini sangat membebankan saya lagi kerana dalam fikiran saya cuma terbayangkan untuk menyambut sambutan hari raya bersama keluarga saya. Jangkaan saya betul, apabila berada di rumah, saya langsung tidak menyentuh tugasan yang diberikan kerana bukan senang untuk mendapat cuti bersama keluarga yang tercinta. Disebabkan itu, saya mengambil inisiatif dengan mencari sedikit demi sedikit maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Selain itu juga, saya juga membuat jadual waktu belajar supaya mempunyai masa untuk melaksanakan tugasan ini kerana bukan tugasan ini sahaja yang patut dilaksanakan. Saya juga mendapatkan bantuan daripada keluarga yang banyak memberi sokongan dan idea-idea kepada saya untuk melakukan tugasan ini. Ini kerana untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kita haruslah pandai dan tahu untuk menguruskan waktu.
            Selain itu, saya juga menghadapi tekanan kemudahan internet yang tidak konsisten ketika  melakukan tugasan ini. Kemudahan wifi yang susah untuk diakses menyebabkan proses mencari maklumat mengambil masa yang sangat panjang. Inisiatif yang diambil oleh saya untuk mendapatkan kemudahan wifi dengan pergi ke siber café ketika berada di rumah dengan bantuan abang menghantar pergi ke siber café tersebut manakala apabila berada di IPG saya mengambil inisiatif dengan membeli wifi sendiri. Dengan adanya kemudahan wifi , senanglah saya untuk mencari bahan rujukan dan juga maklumat-maklumat untuk tugasan yang diberikan. Ini kerana untuk menjadi seorang guru yang cemerlang lagi terbilang , kita haruslah bijak dan perlu mengorbankan sedikit kepada benda yang lebih bermanfaat dan berfaedah .
            Bukan itu sahaja , semasa menjalankan tugasan ini , pelbagai ilmu dan info yang baru serta kemahiran yang dapat ditingkatkan lagi kepada saya . Sebagai contoh , semua tugasan yang berkaitan kemahiran belajar ini menggunakan aplikasi komputer . Di mana sebelum ini saya sememangnya buta IT berkaitan penggunaan aplikasi komputer ini . Oleh yang demikian , tugasan yang harus dilakukan oleh saya untuk membuat sebuah blog berkaitan kemahiran belajar . Di sini saya dapat belajar pelbagai benda baru yang sangat seronok . Di dalam blog ini juga , saya dapat berkongsi ilmu bukan sahaja dengan rakan sekelas saya , malah dengan seluruh dunia melalui blog yang telah di buat oleh saya ini .
            Selain mencipta blog juga , saya dibahagikan ke dalam kumpulan seramai 3 orang satu kumpulan untuk membuat pembentangan kepada apa yang bakal belajar dengan menggunakan aplikasi komputer juga . Kumpulan saya terdiri daripada Fatin Nadzirah dan Nadhiran dan juga saya serta kumpulan kami mendapat tajuk Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis . Setelah berbincang bersama , kami satu kumpulan telah menyediakan satu pembentangan yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan . Di samping itu juga , kami juga telah dapat mengeratkan hubungan silaturahim kami antara sesama di mana sebelum ini kami tidak mengenali dengan lebih mendalam lagi antara satu sama lain .
            Tidak lupa juga kepada pensyarah yang banyak membantu saya semasa tugasan ini dijalankan . Pensyarah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dan juga kepada rakan-rakan saya . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu serta tunjuk ajar kepada saya .
            Secara tuntas nya , pelbagai dugaan dan cabaran yang harus kita harungi untuk menjadi seorang guru yang cemerlang nanti . Dan kita haruslah sanggup menerima tugasan itu dengan berfikiran positif dan yakin yang kita boleh berjaya melakukan sesuatu tugasan dengan baik . Dan baru saya dapat mengerti apa itu erti kesusahan . Bak kata pepatah , bersusah – susah dahulu , bersenang – senang kemudian .

Assalamualaikum dan salam syukur...





















Assalamualaikum dan salam syukur...sebelum meneruskan tugasan pertama saya , apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan definisi KEMAHIRAN BELAJAR ?

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ketiga) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang  sesuai oleh organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku.


Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib(2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.


Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Justeru itu, kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.



Sunday, September 29, 2013

Assalamualaikum dan salam syukur kepada Allah kerana kita masih berpeluang untuk terus bernafas dimuka ini ... Tujuan blogger ini untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan serta kisah asam garam kehidupan kita semua...Disamping itu juga , blogger ini adalah untuk tugasan untuk subjek kemahiran belajar yang banyak memberi manfaat kepada kita semua....kalau ada silap dan salah , itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri , semoga bahagia semua :)



anak anak adalah mutiara hati yang bernilai lagi berharga =)